MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) merampas 693,504 batang rokok serta 7,406.73 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM165,298 dalam serbuan di sebuah premis serta sebuah lori di Bandar Baru Permyjaya pada 10 pagi semalam.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata seorang lelaki berusia 40 tahun juga ditahan bagi membantu siasatan.
“Barang itu dijual kepada pelanggan tanpa mendapat kelulusan Kastam dengan nilai cukai dianggarkan berjumlah RM720,502.14 bagi kedua-dua serbuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda 10 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih lima tahun jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/573171/kastam-rampas-rokok-minuman-keras-rm160000
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.