KUALA LUMPUR 9 Feb. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup minum keras dan rokok seludup pelbagai jenama termasuk duti dan cukai bernilai RM 3.1 juta dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam dan Klang, Selangor pada 5 Februari lalu.
Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, serbuan pertama dilakukan pada pukul 1 tengahari di sebuah gudang di Jalan Tengah Off Jalan Ikan Bawal, Klang hasil risikan dan maklumat orang awam.
“Kita juga berjaya dua individu lelaki dan dua individu perempuan berusia antara 21 hingga 51 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Zulkurnain, serbuan kedua dilakukan di sebuah gudang di Seksyen U5, Shah Alam kira-kira pukul 5.30 petang hari sama.
Menerusi serbuan itu, pihaknya telah merampas 559,400 batang rokok bernilai 100,692 dan cukai berjumlah RM361,819.
“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun untuk siasatan lanjut,” ujarnya.
Kedua-dua kes disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang-barang larangan. – UTUSAN ONLINE
Rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kastam-patahkan-cubaan-seludup-bernilai-rm3-1-juta-1.605783
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.