SEREMBAN 14 Feb. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan membawa masuk 182,000 kotak rokok seludup bernilai kira-kira RM2.84 juta ke negeri ini pada 5 Februari lalu.
Pengarahnya, Datuk Abdullah Jaafar berkata, rokok itu dirampas selepas anggota JKDM negeri menahan sebuah lori jenis Isuzu di bahu jalan sebelum Plaza Tol Rasah di sini pada pukul 1.30 pagi.
“Pemandu lori bagaimanapun sempat melarikan diri daripada diberkas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Abdullah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum 10 kali ganda nilai barangan, maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE
Rujukan: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kastam-rampas-rokok-seludup-rm2-84-juta-1.609098
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.