JABATAN Kastam merampas 800 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM12,000 tidak termasuk cukai di kedai runcit di Tikam Batu, Sungai Petani, hari ini.
Ketua Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd Sukri Jusoh berkata, rampasan dilakukan oleh enam anggota termasuk seorang pegawai dalam serbuan pada 11 pagi.
“Hasil risikan yang dijalankan selama beberapa hari kita mendapati kedai runcit ini sudah menjual rokok seludup ini sejak setahun lalu.
“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai 800 karton rokok yang belum diluluskan kastam dengan nilai anggaran RM12,000 tidak termasuk cukai,” katanya.
Mohd Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan belum lulus kastam.
“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga 20 kali nilai barang atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/229534/rampas-rokok-seludup-rm12000
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.