CUBAAN menyeludup sebanyak 11,688 tin minuman keras dianggarkan bernilai RM56,803 tidak kesampaian apabila lori yang membawa barang berkenaan terbalik ketika menuruni bukit di Jalan Silam, dekat Lahad Datu, kelmarin.
Dalam kejadian 4 petang itu, individu yang membawa lori berkenaan melarikan diri.
“Sebaik tiba, sebuah lori terbalik di bahu jalan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit.
Janathan berkata, semua minuman keras itu dipercayai untuk jualan tempatan.
“Ketika kejadian tiada tangkapan dibuat namun kita akan mengesan pemilik lori terbabit berdasarkan nombor pendaftaran dan permit perniagaan yang ada.
“Kita yakin, siasatan kes ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.
Menurutnya, semua minuman keras dan lori tiga tan itu dibawa ke pejabat JKDM Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.
“Sabit kesalahan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/230727/lori-arak-seludup-terbalik
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.