fitc-poster

Cabaran Fit Challenge anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan Putrajaya ini merupakan program yang julung kali diadakan di Jabatan Kastam Putrajaya bagi menggalakkan warga jabatan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ‘fit‘ dalam menjalankan tugas harian.

Cabaran ini dibuat dalam 3 fasa utama (3 bulan) yang mewajibkan setiap peserta untuk mencapai berat badan ideal bagi setiap fasa untuk melayakkan ke dalam fasa seterusnya. Disamping itu juga, aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti larian, berbasikal, hiking, dodgeball, jumpstreet serta berbagai lagi aktiviti telah dirangka sepanjang tempoh cabaran.

Anda sedia untuk menyahut cabaran kami?

TUAN / PUAN HENDAKLAH MENYERTAKAN BUTIRAN BERIKUT DAN EMELKAN KEPADA:

mazawans.amdan@custom.gov.my

1.      NAMA
2.      NO TELEFON (BIMBIT)
3.      BAHAGIAN/ CAWANGAN
4.      GRED JAWATAN
5.      UMUR
6.      EMAIL
7.      BERAT TERKINI
8.      TINGGI
9.      SAIZ T-SHIRT : S M L XL XXL
10.     NYATAKAN SAMAADA AHLI PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM ATAU TIDAK : YA TIDAK

SEBELUM JAM 12.30 TGH HARI  13 JANUARI 2017