exco-presiden-shukri

Assalam & Salam Sejahtera semua ahli,

Presiden dan Barisan Exco merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua ahli PERKASA Putrajaya khususnya dan seluruh Malaysia amnya. Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk melakari hidup dan mensyukuri nikmat yang diberikan sepanjang tahun 2016 dan dapat pula  menempuh permulaan  tahun baru 2017.

Pada saat kita mengucapkan kesyukuran, marilah kita imbas kembali sumbangan dan kejayaan yang telah kita hasilkan untuk manfaat negara dan rakyat Malaysia, diharapkan semangat kerja yang dipamerkan oleh setiap ahli dapat dikekalkan dan ditingkatkan pada tahun 2017.

Tahun 2017 juga pihak PERKASA Putrajaya akan mengadakan pelbagai program dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara kita selain memperjuangkan pelbagai isu demi ahli-ahli yang dihormati dan dikasihi.

Semoga tahun 2017 semua ahli memperoleh kejayaan dan mencapai impian yang dirancang dan yang diimpikan disamping keluarga tersayang.

SELAMAT TAHUN BARU 2017