SEPANG: Seorang pemilik syarikat logistik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas 21 pertuduhan membuat pengikraran tidak benar dalam borang kastam membabitkan pengimportan kanta lekap dengan nilai cukai jualan RM311,052.75. Rizan Jantan, 47, yang juga ejen yang dilantik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan Majistret Norul Fitri Hamdan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 133 (1) (a), Akta Kastam 1967 antara Januari hingga Mac 2015. Tertuduh didapati membuat pengikraran salah cukai jualan berjumlah RM29,494.03, iaitu berbeza RM281,558.72 daripada jumlah cukai jualan sebenar. Majistret Norul Fitri membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Kes akan disebut semula pada 20 Julai ini.
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.