PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah sebanyak 25 kilogram bernilai RM1.7 juta.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya, berkata dalam serbuan di Gudang Pos Aviation, Zon Perdagangan Bebas KLIA semalam, JKDM KLIA merampas lima kotak barangan yang diikrar sebagai perkakas dapur.
“Hasil pemeriksaan rapi mendapati dua daripada lima kotak berkenaan yang mengandungi enam bekas air tahan karat didapati mengandungi dadah jenis methamphetamine yang disorokkan dalam bekas air itu.
“Kotak berkenaan dihantar melalui penerbangan Thai Airways dari Uttar Pradesh, India ke KLIA,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti sekiranya ada pembabitan orang dalam.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/08/311103/dadah-dalam-perkakas-dapur
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.