Cukai pelancongan: Pengendali premis penginapan perlu daftar sebelum 31 Ogos

PUTRAJAYA 12 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada semua pengendali premis penginapan untuk mendaftar cukai pelancongan sebelum pelaksanaannya dibuat pada 1 September ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata, proses pendaftaran tersebut boleh dibuat dengan mudah melalui dalam talian di portal cukai pelancongan www.myttx.custom.gov.my bermula minggu ini.

“Pihak kastam ingin menasihatkan semua pengendali premis penginapan yang mempunyai lima bilik ke atas tanpa mengira jenis mendaftar segera sama ada secara dalam talian atau datang ke pejabat kastam untuk bantuan lanjut.

“Cukai ini yang dikenakan pada kadar RM10 untuk setiap bilik bagi satu malam hanya untuk pelancong luar negara, bagi pelancong tempatan dan pemastautin tetap mereka dikecualikan daripada membayarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyertai acara Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini hari ini.

 Menurut Subromaniam, bagi meningkatkan lagi kesedaran pengendali premis tersebut berhubung pelaksanaan cukai tersebut, pihaknya juga akan turun padang bermula minggu hadapan bagi membantu mereka yang belum berdaftar.

Dalam pada itu, beliau juga meminta pengendali premis tersebut supaya tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini.-UTUSAN ONLINE.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cukai-pelancongan-pengendali-premis-penginapan-perlu-daftar-sebelum-31-ogos-1.514135

By |2017-08-14T14:34:54+08:00August 14th, 2017|0 Comments

Leave A Comment

Go to Top