Pada 23 Jun 2016, PERKASA Putrajaya telah mengambil inisiatif menyumbangkan bubur lambuk Kampung Baru kepada warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat Putrajaya. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan silaturahim yang baik antara PERKASA Putrajaya dengan warga JKDM di Ibu Pejabat di samping memudahkan kakitangan jabatan dapat menikmati bubur lambuk yang amat terkenal di negara ini tanpa perlu pergi ke Kampung Baru.
Sebanyak 1200 bekas bubur lambuk telah diambil dari Kampung Baru dan dibawa ke Ibu Pejabat Kastam Putrajaya untuk diagihkan kepada kakitangan yang bertugas. Exco PERKASA Putrajaya telah berada seawal jam 11.00 pagi di Kampung Baru bagi mempastikan agihan bubur lambuk dapat berjalan lancar. Program agihan bubur lambuk ini selesai diagihkan tepat jam 5.00 petang dan mendapat sambutan yang sungguh luar biasa.
Exco Perkasa sibuk membungkus bubur lambuk di Kampung Baru
Membungkus dan memasukkan bubur lambuk ke dalam kotak
Exco Perkasa sibuk mengagihkan bubur lambuk
Tuan Presiden Perkasa mengagihkan bubur lambuk
Ahli Perkasa yang menerima bubur lambuk
terbaik
🙂
tahun depan buat lagi insyaAllah