Majlis Persaraan & Berbuka Puasa untuk YBhg. Dato’ Hj Matrang bin Hj Suhaili telah diadakan di Hotel Dorsett Putrajaya pada 14 Jun 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia(PERKASA). Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Subromaniam a/l Tholasy Timb. Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST), Pengarah-Pengarah Kastam Ibu Pejabat, Pengarah Kastam Selangor, Barisan Exco PERKASA Cawangan Putrajaya, Selangor dan WPKL.

Presiden PERKASA Tn. Mohd Noor bin Yusoff memberi ucapan aluan selepas majlis berbuka puasa dengan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Hj Matrang bin Hj Suhaili di atas sumbangan jasa dan bakti beliau selama 36 tahun perkhidmatannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Menurut beliau, jabatan kehilangan seorang pegawai yang sangat berpengalaman, berpengetahuan, berdedikasi dan sangat komitmen kepada kerja.

Majlis juga turut mendengar amanat daripada YBhg. Dato’ Hj Matrang bin Hj Suhaili kepada PERKASA agar PERKASA  dapat memperjuangkan agar pengkorporatan jabatan dapat disegerakan dan kuarters kastam juga perlu diadakan di Putrajaya bagi kemudahan kepada warga JKDM yang bertugas di luar Lembah Klang ditukarkan ke Putrajaya nanti. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada PERKASA di atas majlis ini bagi meraikan beliau.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderhati daripada PERKASA yang disampaikan oleh Presiden PERKASA Malaysia Tn. Mohd Noor bin Yusoff kepada YBhg Dato’ Hj Matrang bin Hj Suhaili.