Kuala Terengganu: Seorang pemilik kedai barangan perkakasan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana tidak mengeluarkan invois cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada Mei tahun lalu.
Selain itu, Muhd Saupi Shahari, 32, turut berdepan hukuman enam bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas Muhd Saupi mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 33(2)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 782) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 96 akta yang sama.
Mengikut pertuduhan, Muhd Saupi yang berdaftar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762) yang membuat pembekalan bercukai didakwa tidak mengeluarkan invois cukai di premis itu di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, jam 10.45 pagi pada 20 Mei 2015.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Terengganu Mohd Redzuan Hamdan.
Artikel ini disiarkan pada: Ahad, 17 Julai 2016 @ 2:17 PM
Sumber asal: http://www.hmetro.com.my/node/152364
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.