23 Jun 2016, buat julung kalinya PERKASA Putrajaya telah membuat inisiatif segar dimana sebanyak 2000 peket sampul raya telah diedarkan kepada semua ahli-ahli PERKASA Cawangan Putrajaya. Inisiatif ini adalah sebagai ganjaran manfaat kepada ahli-ahli sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang pada bulan Julai nanti.

Sumbangan ini telah memberi reaksi yang amat positif dan menggembirakan ahli-ahli. Inisiatif ini juga telah berjaya menarik minat ahli baru untuk turut sama menjadi ahli PERKASA. Borang keahlian yang diterima adalah amat menggalakkan. Sumbangan ini boleh menjadi satu program wajib PERKASA Putrajaya untuk tahun-tahun berikutnya.

sampulraya-1

Ahli PERKASA gembira menerima sampul raya daripada Presiden

sampulraya-2

Naib Presiden memberi sumbangan sampul raya kepada ahli di Menara Telus

sampulraya-3

Ahli di Cyberjaya ceria menerima sampul raya daripada Exco Kebajikan

sampulraya-4

Antara ahli yang menerima agihan sampul raya daripada Presiden

sampulraya-5

Ahli di Bahagian Pematuhan antara yang ceria menerima sampul raya daripada Exco Kebajikan