PUTRAJAYA: Orang yang sudah layak berdaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tetapi masih mempunyai tunggakan cukai tahun 2015 diberi tempoh hingga 31 Oktober ini untuk menjelaskan tunggakan cukai terbabit. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad, menegaskan sekiranya gagal membayar tunggakan cukai selepas 31 Oktober ini, orang berdaftar akan dikenakan tindakan kompaun hingga maksimum RM20,000.
“Orang berdaftar yang masih mempunyai tunggakan cukai bagi 2016 pula diberi tempoh hingga 31 Disember ini untuk menjelaskan tunggakan cukai. “Pengurangan nilai kompaun akan diberikan sekiranya cukai dibayar sebelum 31 Disember 2016. Kompaun hingga maksimum RM25,000 akan dikenakan sekiranya pembayaran dibuat selepas 31 Disember tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Khazali berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang berdaftar GST supaya sentiasa mematuhi dan membuat bayaran GST dalam tempoh ditetapkan untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/197625
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.