SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang pemilik syarikat membayar tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM195,835 kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Hakim N Kanageswari, membuat keputusan itu terhadap Wong Sing Fei, 35, selepas menilai notis tuntutan yang dikemukakan oleh JKDM berikutan kegagalan defendan membuat bayaran antara 1 September hingga 31 Oktober tahun lalu.
Pegawai Sivil JKDM Negeri Sembilan, Amirul Syafiq Mahadi, berkata pemilik syarikat pemborong tekstil dan pakaian itu, WSF Trading, memfailkan Penyata GST (Penyata GST-03) bagi tempoh bercukai Oktober dan November 2015 kepada plaintif secara dalam talian menerusi ‘TaxPayer Access Point’ (TAP). Bagaimanapun, katanya, hingga 9 November tahun lalu, defendan didapati gagal membuat pembayaran, mendorong pihaknya memfailkan notis tuntutan pada 11 Ogos tahun ini. “Hakim yang membuat keputusan di dalam kamar memerintahkan defendan membayar semua tuntutan yang JKDM kemukakan,” katanya di sini, hari ini. Tuntutan JKDM dikendalikan oleh Amirul Syafiq, manakala defendan tidak diwakili peguam.
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/194761
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.