KOTA KINABALU 19 Sept. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan cubaan sindiket menyeludup 62 buah kontena mengandungi pelbagai jenis minuman keras, rokok, beras dan tayar dengan nilai rampasan berjumlah RM5.24 juta di Pelabuhan Sepanggar, di sini awal bulan ini
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Paddy Adb. Halim berkata, kejayaan terbesar dalam sejarah negeri ini melibatkan jumlah duti kastam bernilai RM37.14 juta.
Menurutnya, kejayaan itu hasil pengurusan dan analisis risiko Pengurusan Kerjasama Sempadan (CBM) yang ditubuhkan di pelabuhan tersebut.
Setakat ini tiada individu ditahan dan siasatan masih dijalankan,”katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kastam-patahkan-cubaan-seludup-62-kontena-bernilai-rm5-24-juta-1.384730
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.