DENGKIL: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Cawangan Narkotik menggagalkan cubaan menyeludup 238 batang kayu merah bernilai RM4.6 juta, di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor, pada 17 Julai lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasa/Pematuhan), Datuk Johari Alifiah, berkata kayu merah seberat 8,000 kilogram (kg) diimport dari India itu dibawa di dalam sebuah kontena.
“Ketika pemeriksaan tiada ikrar borang import oleh pengimport ke atas barangan dagangan itu. Dokumen perkapalan menunjukkan dagangan dalam kontena itu dikirarkan sebagai kaburator dan alat ganti kenderaan,” katanya pada sidang media JKDM, di sini hari ini.
Kayu Merah ini adalah barang dagangan yang tersenarai di bawah Appendix 2 CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora) yang mensyaratkan pengeksport perlu mempunyai sijil dikeluarkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
Johari berkata, barang dagangan itu juga tersenarai di bawah Jadual Ketiga kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Mengimport) 2107, iaitu pengimport tertakluk kepada permit dikeluarkan MTIB.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.
Berdasarkan kes lalu, JKDM tidak menolak kemungkinan sindiket menukar modus operandi dengan membawa masuk kayu ini menggunakan pintu masuk berbeza bagi mengelirukan pihak berkuasa.
“Selain melalui risikan, JKDM juga menggunakan mesin pengimbas bagi mengesan barangan di seludup di pintu masuk negara dan kargo.” katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/07/714146/gagal-seludup-kayu-merah-bernilai-rm46-juta
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.