FIT CHALLENGE 2.0
PERSATUAN PEGAWAI KANAN KASTAM CAWANGAN PUTRAJAYA

MATLAMAT
1. Menyahut cabaran dan saranan kerajaan dalam menjalani kehidupan yang sihat dan cergas.
2. Memberi kesedaran kepada warga jabatan tenang kepentingan menjalani kehidupan yang sihat, cergas dan produktif.
3. Mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan produktif.
4. Meneruskan kesinambungan kejayaan program ‘Fit Challenge 1.0’ dahulu.

OBJEKTIF
1. Menggalakkan peserta mendapat berat yang ideal.
2. Menjalani kehidupan yang sihat, cergas dan produktif
3. Mengeratkan silaturrahim sesama ahli

KUMPULAN SASARAN
Program ini mensasarkan sejumlah 150 orang ahli PERKASA Cawangan Putrajaya (AHLI SAHAJA)

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pendaftaran
i. Terbuka kepada AHLI PERKASA Cawangan Putrajaya SAHAJA
ii. Yuran penyertaan dan aktiviti adalah seperti berikut:
Yuran Pendaftaran :RM20.00
Aktiviti: Senamrobik / Lain-lain aktiviti akan ditentukan kelak

*bagi aktiviti-aktiviti lain, yuran akan ditentukan berdasarkan kadar semasa sesuatu tempat atau lokasi

iii. Setiap peserta WAJIB mengikuti mengikuti 50% aktiviti daripada keseluruhan aktiviti yang disediakan oleh urusetia untuk mengekalkan LAYAK berada di dalam program.

2. Sesi Timbang Berat
i. Sewaktu pendaftaran dilakukan, sesi timbang berat pertama kali akan berlaku dimana berat akhir ditolak dengan berat awal untuk menentukan pemenang program ini.
ii. Sepanjang program berlangsung untuk tempoh lebih kurang 3 bulan, beberapa sesi timbang berat akan dilakukan.
iii. Sesi timbang berat adalah pada minggu terakhir pada setiap bulan bagi melayakkan peserta ke fasa ke-2 dan ke-3 iaitu di bahagian/pit stop penimbang yang ditetapkan seperti berikut :

Bahagian CDN & Pematuhan  | Pit Stop: Menara Tulus | Urusetia: Tn Saufee
Bahagian KPSM, Penguatkuasaan, PERTEK dan lain-lain | Pit Stop: Presint 2 | Urusetia: Tn Azawan

3. Penalti
i. Peserta hendaklah memaklumkan kepada Urusetia sekiranya tidak dapat hadir pada sesi timbang dijalankan dengan alasan yang munasabah.
ii. Peserta juga WAJIB hadir 50% aktiviti yang dijalankan.
iii. KEGAGALAN HADIR UNTUK SESI TIMBANG akan menyebabkan peserta DIGUGURKAN serta merta.

4. Pemenang

i. Pemenang utama akan diumumkan pada hari penutupan program.
ii. Segala keputusan urusetia adalah muktamad.

PENDAFTARAN ONLINE: JOM DAFTAR SEKARANG!!