Kastam Kedah rampas mercun, bunga api bernilai RM255,195

KUBANG PASU 9 Jan. -Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya merampas mercun dan bunga api bernilai RM255,195 yang diseludup ke negara ini, minggu lepas.

Pengarahnya, Johari Alifiah berkata, pihaknya merampas mercun dan bunga api itu selepas menahan sebuah lori dan empat kereta dalam dua tangkapan berasingan.

“Pada 3 Januari lalu, kita berjaya menahan sebuah lori jenis Hicom berwarna putih di Kampung Darat yang membawa muatan mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM206,700.

“Pemandu berusia 35 tahun itu bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan bahawa mercun dan bunga api berkenaan lulus kastam.

“Dua hari kemudian, kita merampas mercun dan bunga api bernilai pelbagai jenis bernilai RM48,495 yang dijumpai dalam empat kereta yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 0.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan JKDM dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kastam-kedah-rampas-mercun-bunga-api-bernilai-rm255-195-1.429834

By | January 11th, 2017|0 Comments

Leave A Comment