EMPAT individu ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuan dalam dua operasi berasingan di Sentul dan Batang Kali kerana menjual mercun.
Ketua Operasi Ariff Mohd Jafri, berkata empat individu berusia 20 hingga 30-an itu ditahan bersama rampasan mercun pelbagai jenis dianggarkan bernilai lebih RM1,000.
Menurutnya, operasi yang bermula kira-kira 11 malam Jumaat, hingga 2 pagi Sabtu, itu dilakukan di beberapa premis sekitar Sentul dan Batang Kali hasil aduan orang ramai.
“Mercun yang dirampas adalah barangan yang tidak mempunyai permit.
“Mercun yang mempunyai permit diserahkan kembali kepada penjual mercun selepas mereka mengemukakan dokumen berkaitan,” katanya.
Katanya, empat individu yang ditahan itu juga sudah dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/06/238444/kastam-gempur-sentul-batang-kali
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.