Kastam berjaya patahkan kes seludup gading gajah, sisik tenggiling di KLIA

SEPANG 2 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan kes penyeludupan gading gajah dan sisik tenggiling yang bernilai keseluruhan lebih RM4.14 juta dalam dua kes berasingan, Sabtu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Mohd. Pudzi Man berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 1.30 tengah hari di Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA pihaknya telah berjaya menemui dua buah kotak yang mengandungi 23 batang gading gajah seberat 75.74 kg bernilai RM275,000.

Beliau berkata, barangan larangan import itu yang tiba melalui penerbangan Etihad Airways dari Lagos-Abu Dhabi-KLIA diikrar sebagai barang makanan.

“Dalam kes kedua pula, JKDM KLIA telah menemui enam bungkusan guni yang mengandungi lebih kurang 300.90 kg sisik tenggiling bernilai RM3.87 juta hasil pemeriksaan yang dibuat di gudang kargo yang sama pada pukul 8.30 malam.

 “Kotak-kotak yang ditahan itu tiba melalui penerbangan Ethiopian Airlines dari Congo ke KLIA sebagai destinasi akhir tuju,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, gading gajah dan sisik tenggiling tergolong dalam barang larangan import di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.-UTUSAN ONLINE.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kastam-berjaya-patahkan-kes-seludup-gading-gajah-sisik-tenggiling-di-klia-1.510045

By |2017-08-04T10:27:15+08:00August 4th, 2017|0 Comments

Leave A Comment

Go to Top