JKDM Terengganu rampas ketamin RM700,00

KUALA TERENGGANU 29 April – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu berjaya merampas 10 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM 700,000 menerusi penahanan seorang lelaki warga India di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi semalam.

Pengarahnya, Aidid Tajuddin berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan bagasi dilakukan.

Katanya, lelaki berkenaan tiba di LTSM pada pukul 7.30 malam, kelmarin menerusi penerbangan dari Bengaluru, India manakala bagnya tiba lewat sehari iaitu pada kira-kira pukul 8.55 pagi.

“Hasil siasatan mendapati dadah itu disorok dalam ruangan khas bagasi di sebalik timbunan 29 pasang kain sari yang dikatakan untuk dijual.

“Suspek yang mendakwa dirinya peniaga sari ditahan ketika dia datang semula ke LTSM untuk menuntut bagasinya itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

By |2017-05-03T20:29:54+08:00May 3rd, 2017|0 Comments

Leave A Comment

Go to Top