Cukai Pelancongan tidak libatkan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Julai – Cukai Pelancongan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan hanya tertakluk kepada pelancong asing sahaja dan tidak melibatkan rakyat tempatan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengecualian cukai kepada rakyat tempatan itu dibuat selepas perjumpaan dengan banyak pihak dan mendengar pandangan mereka.

Bagi kadar cukai pula, Mohamed Nazri memberitahu, kadarnya telah ditetapkan sebanyak RM10 bagi semua hotel daripada tiada bintang kepada yang bertaraf lima bintang.

Kadar sama rata RM10 akan dikenakan kepada pelancong asing dari hotel bertaraf lima bintang hingga tiada bintang membabitkan setiap malam dan bilik, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai status terkini cukai berkenaan pada sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cukai-pelancongan-tidak-libatkan-rakyat-malaysia-1.507697

By | July 26th, 2017|0 Comments

Leave A Comment