80 kenderaan untuk penguatkuasaan kastam

PUTRAJAYA 11 Julai – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menyerahkan sebanyak 80 kenderaan penguatkuasaan Isuzu D-Max Z 3.0 baharu untuk penggunaan bahagian penguatkuasaannya di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, kesemua kenderaan itu telah diubahsuai dengan dilengkapi dengan ‘bull bar’ dan kamera video yang akan digunakan oleh pegawai-pegawai JKDM ketika mejalankan tugas seperti operasi dan serbuan.

Katanya, kenderaan-kenderaan itu diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan bagi tujuan meningkatkan aspek keselamatan pegawai yang sering berdepan dengan ancaman tonto.

“Untuk makluman, statistik jumlah kes ugutan dan ancaman yang diterima oleh pegawai JKDM semasa menjalankan tugas pada tahun 2013 hingga tahun lepas adalah sebanyak 150 kes.

“Sehubungan itu, JKDM berharap dengan penyerahan kenderaan baharu ini dapat melindungi pegawai JKDM yang bertugas serta mengurang masalah jumlah kes ugutan atau ancaman yang dihadapi oleh pegawai,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Isuzu D-Max Z 3.0 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/80-kenderaan-untuk-penguatkuasaan-kastam-1.501499

By | July 23rd, 2017|0 Comments

Leave A Comment