Program ‘Fun Dive & OWDC’ anjuran PERKASA Putrajaya telah berlangsung pada 26 Ogos 2016 hingga 28 Ogos 2016 di Salang Pusaka Resort, Pulau Tioman.
Program ini melibatkan seramai 8 orang Pegawai Kanan Kastam daripada Putrajaya, WPKL dan Johor. Program selama 3 hari 2 malam ini bertempat di Pulau Tioman dengan kerjasama Ocean13 Scuba, Scuba-Naut Dive Centre dan Skuad Penyu.
Seramai 4 orang Pegawai Kanan Kastam telah memperolehi lesen menyelam ‘Open Water’ masing-masing pada program tersebut dan 3 orang penyelam Pegawai Kanan Kastam telah memperolehi Sijil ‘Adventure Deep Dive’ setelah melakukan selaman sedalam 30.1 meter di lokasi ‘KM Sipadan Wreck’ yang menempatkan sebuah kapal laut APMM yang bernama KM Sipadan yang telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun.
Diharapkan program seperti ini dapat menarik minat lebih ramai bakal penyelam-penyelam di masa akan datang khususnya dari kalangan Pegawai Kanan Kastam Putrajaya dan seterusnya merancakkan lagi program-program daripada Exco Rekreasi, Sukan & Kebudayaan, PERKASA Putrajaya.
Syabas dan Tahniah!