Program National GST Conference (NGC) 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 31 Mei 2016 hingga 1 Jun 2016 bertempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Program ini diadakan melalui kerjasama oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) dan Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA). Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah dan telah dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang peserta termasuk 80 orang Pegawai Kanan Kastam.
Program ini melibatkan penceramah daripada JKDM, agensi kerajaan, sektor swasta dan daripada luar Negara. NGC 2016 adalah medium terbaik bagi mendengar pandangan dan maklum balas berkaitan sistem percukaian baru yang dilaksanakan di Negara kita iaitu Cukai Barang & Perkhidmatan.
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.