Bersempena musim haji tahun 1437H, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengadakan satu majlis bagi meraikan bakal haji daripada kalangan warga jabatan yang bertugas di Ibu Pejabat. Majlis telah diadakan pada 28 Julai 2016 (Khamis) bertempat di Dewan Semarak Jati, Aras 2 Selatan Ibu Pejabat JKDM Putrajaya. Seramai 11 orang bakal haji telah diraikan pada majlis tersebut.
Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) Cawangan Putrajaya bersama-sama dengan Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA) telah tampil memberikan sumbangan kepada tetamu-tetamu Allah yang dijemput ke tanah suci pada tahun ini.
Di kesempatan ini, PERKASA Putrajaya ingin mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada bakal-bakal haji yang diraikan dan kembali ke tanah air bersama haji yang mabrur. Semoga sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci. Aamiin…
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.