PERMAISURI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menubuhkan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) dibarisi 205 pegawai penguat kuasa bagi mengendalikan kes berprofil tinggi. COBRA berfungsi sebagai penggempur dan pelindung Bahagian Penguatkuasaan JKDM, terutama dalam menangani kes berisiko tinggi.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata pasukan itu ditubuhkan berikutan peningkatan ancaman terutama kepada pegawai penguat kuasa seperti ugutan dan halangan, termasuk gangguan tonto. “COBRA akan digerakkan ke seluruh negara dan bertindak sebagai pelindung kepada pegawai operasi serbuan. “Latihan siri pertama membabitkan 23 pegawai diadakan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak, mulai 18 Julai sehingga 16 Ogos lalu,” katanya selepas merasmikan Pelancaran Pasukan Taktikal Bersenjata JKDM, di sini, petang ini.
Khazali berkata, keanggotaan COBRA akan diperluaskan ke seluruh negara dengan pemilihan dan pengambilan pegawai secara berperingkat.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/217723