Cubaan menyeleweng dokumen 21 kereta import

SEPANG 6 Sept.- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan menyeleweng dokumen import 21 kereta mewah terbesar di Lembah Klang tahun ini yang berjumlah RM12.2 juta.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkusaan dan Pematuhan) JKDM, Datuk Azimah Abd. Hamid berkata, kejayaan itu dibuat menerusi serbuan di dua gedung di Shah Alam, Selangor pada Mei lalu.

Katanya, serbuan pertama melibatkan lapan kereta mewah pelbagai jenama dengan nilai cukai RM644,000 manakala kedua pula 13 kenderaan termasuk jenama Lamborghini yang keseluruhan berjumlah RM3.8 juta.

“Dalam kes ini, kesemua kereta terlibat didapati mengikrar tarikh pengilangan yang tidak benar seperti daftar pada tahun 2012 tetapi usia kereta adalah 2016.

“Hasil siasatan mendapati ia melanggar syarat Lesen Import (AP) dengan mensyaratkan pengimportan kereta terpakai dibenarkan bagi usia satu hingga lima tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya lagi, siasatan awal juga mendapati tujuh kereta mewah diimport berusia kurang setahun manakala bakinya melebihi lima tahun.- UTUSAN ONLINE

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/cubaan-menyeleweng-dokumen-21-kereta-import-1.966313

By | September 6th, 2019|0 Comments

Leave A Comment