presidenperkasa-othmanAssalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh,

Salam sejahtera, Salam 1Kastam dan Salam 1PERKASA, ‘Bersatu Maju, Sentiasa Setia’.

Selamat datang ke Portal Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan Putrajaya (PERKASA Putrajaya). Saya berharap portal ini akan dapat menjadi medium terbaik untuk ahli mengenali PERKASA Putrajaya dengan lebih dekat dan ianya juga sebagai satu platform untuk ahli-ahli mengeratkan silaturahim. PERKASA mempunyai sejarah yang tersendiri dalam memperjuangkan pembangunan kerjaya dan perpaduan Pegawai Kanan Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia. PERKASA telah ditubuhkan sejak tahun 1975 lagi bagi tujuan mengukuhkan jalinan perpaduan di kalangan ahli-ahli berdaftar dan turut memperjuangkan kemajuan pembangunan kerjaya serta kebajikan ahli-ahlinya.

Portal ini juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini, isu-isu yang diperjuangkan, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PERKASA Putrajaya dan PERKASA Pusat. Saya juga mengalu-alukan sebarang isu, cadangan dan pandangan ahli bagi memartabatkan Pegawai Kanan Kastam ke tahap yang lebih baik dan disegani.

Akhir kata, salam perjuangan kepada semua ahli PERKASA Putrajaya dan kami Barisan Exco Kepimpinan PERKASA Putrajaya memohon ampun dan maaf seandainya perjuangan dan perkhidmatan kami tidak dapat memuaskan hati semua pihak. PERKASA Putrajaya dan PERKASA Pusat tetap berusaha sedaya upaya memperjuangkan semua ahli berdaftar tanpa mengira gred jawatan dan akan memastikan perjuangannya kekal relevan dengan kehendak dan aspirasi JKDM dan negara.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

MOHAMAD SYUKRI BIN OTHMAN
PRESIDEN
PERKASA PUTRAJAYA SESI 2020-2022