SPRM tahan pegawai Kastam minta rasuah RM43,000

KUALA LUMPUR 7 Julai – Padah meminta RM43,000 daripada sebuah syarikat, seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak, semalam.

Dalam tangkapan pukul 10.32 malam berkenaan, lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai meminta wang berkenaan bagi memudahkan proses pengeksportan bahan perpaipan dan peralatan berkaitan ke luar negara oleh syarikat tersebut.

Menurut sumber, SPRM turut merampas dua telefon pintar jenama iPhone dipercayai milik suspek yang digunakan dalam urusniaga itu.

“SPRM sudah bertemu dengan wakil syarikat yang menjadi mangsa suspek tersebut dan mendapati dia meminta sejumlah wang untuk melepaskan barangan berkenaan untuk dieksport.

“Sehubungan dengan itu, SPRM bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk memerangkap suspek dan dia berjaya diberkas bersama wang tunai berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, maklumat orang awam membawa kepada penahanan suspek.

“Kita (SPRM) akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini.

“Sekiranya perlu, lebih ramai lagi akan dipanggil bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan,” tegasnya.

Tambah Azam, suspek ditahan reman sehingga Rabu mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-tahan-pegawai-kastam-minta-rasuah-rm43-000-1.500137

By | July 9th, 2017|0 Comments

Leave A Comment