Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama Kelab 4×4 JKDM Selangor telah mengadakan program Misi Bantuan Pasca Banjir Di Pantai Timur di Rantau Panjang, Kelantan pada 3 – 4 Februari 2017.
Pelancaran program telah dibuat oleh YBhg. Dato’ Sri Khazali bin Hj.Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Zulkifli Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST)
Peserta misi terdiri daripada:-
1) Ahli-ahli Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan Putrajaya, WPKL, Selangor, Kedah, KLIA dan Negeri Sembilan.
2) Kelab 4×4 JKDM Selangor
3) Sukarelawan dari JKDM Kelantan
Program ni berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan bagi menjayakan misi bantuan ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya jawatankuasa dan peserta program yang menyumbangkan kewangan, tenaga dan masa bagi memastikan program yang dirancang berjaya dilaksanakan.
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.