Pada 16 Jun 2017 (Jumaat), Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia Cawangan Putrajaya (PERKASA Putrajaya) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Hamper & Sampul Raya PERKASA Putrajaya kepada ahli-ahli PERKASA yang bertugas di Ibu Pejabat.

Hamper & Sampul Raya PERKASA Putrajaya ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dengan diiringi YBhg. Dato’ Zulkifli Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) merangkap Penaung PERKASA Putrajaya.

Penyerahan Hamper PERKASA Putrajaya merupakan julung-julung kali diadakan.

Semoga ahli-ahli PERKASA Putrajaya terus memberi sokongan kepada PERKASA Putrajaya dalam semua aspek.

Bagi Pegawai Kanan Kastam yang masih belum menjadi ahli PERKASA, kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan untuk menjadi ahli persatuan dengan menghubungi mana-mana exco PERKASA Putrajaya bagi mengemukakan dokumen-dokumen untuk menjadi ahli.

“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”