JKDM perluas pangkalan data

MELAKA 26 Jan. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan meluskan pangkalan data yang sedia ada dengan cara berkongsi data secara progresif dan inklusif bersama agensi-agensi kerajaan serta badan perniagaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, perkara itu penting untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi mengukuhkan tahap keberhasilan kerana mengumpul data semata-mata tidaklah mencukupi dalam mendapatkan maklumat.

“Data hanya akan mempunyai nilai apabila ia dianalisis dan menghasilkan maklumat terbaik, yang boleh digunakan kemudiannya sebagai input dalam merangka tindakan-tindakan kawalan sempadan secara cekap, seterusnya memberi faedah kepada semua pihak.

 “Saya menyeru kepada seluruh warga kastam agar tingkatkan momentum yang sedia ada, kukuhkan keupayaan diri dan harmonikan kerja masing-masing secara berpasukan bak irama dan lagu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sambutan Hari Kastam Sedunia ke-35 di Akademi Kastam di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jkdm-perluas-pangkalan-data-1.436699

By |2017-01-26T13:54:55+08:00January 26th, 2017|0 Comments

Leave A Comment

Go to Top