JKDM lancar Ops Tahun Baharu Cina

KOTA BHARU 22 Jan. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri ini melancarkan Ops Tahun Baharu Cina bermula 18 Ja­nuari sehingga 17 Februari depan.

Pengarahnya, Mohd. Nasir Yusoff berkata, operasi tersebut dilakukan bagi menghalang penyeludupan barang larangan masuk ke negeri ini.

“Antara barang larangan tersebut seperti mercun dan bunga api, dadah dan minuman keras.

“Kita berharap rakyat memberi bekerjasama dalam mengatasi penyeludupan barang larangan ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di Pejabat Kastam, di sini hari ini.

Kayuhan amal itu telah dilepaskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar Mustapha. Peserta berka­yuh sejauh 30 kilometer di sekitar bandar ini.

Mohd. Nasir berkata, JKDM berharap semua pihak dapat berkongsi maklumat bagi mencegah aktiviti penyeludupan terus berleluasa.

“Kita juga bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat bagi mensejahterakan rakyat.

“Bagi rakyat negeri ini yang ingin berurusan dengan kita boleh datang ke Pejabat Kastam di Jalan Padang Bongor dan Tambatan Diraja,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh berurusan dengan pihaknya biarpun pada hujung minggu atau cuti umum dengan hadir ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jkdm-lancar-ops-tahun-baharu-cina-1.434854

By |2017-01-24T08:38:26+08:00January 24th, 2017|0 Comments

Leave A Comment

Go to Top