Pada 18 Mei 2016, seorang Penguasa Kastam dari Unit Fraud GST telah mengalami kemalangan jalanraya. Beliau ialah Tuan Jazlan Bin Ahmad.  Motorsikal berkuasa tinggi yang dinaiki beliau telah terlanggar sebuah pikup yang sedang berhenti di lorong kecemasan.  Akibatnya beliau telah mengalami patah kedua belah tangan dan kaki kanan serta perlu dimasukkan besi untuk tujuan rawatan.

PERKASA Putrajaya amat perihatin dengan keadaan beliau.  Pada 19 Mei 2016 Exco Kebajikan telah menziarahi beliau di Hospital Serdang dan memberi sumbangan atas kemalangan yang menimpa beliau.  Semoga Tuan Jazlan cepat sembuh dan dapat bertugas semula.

kemalangan-1

Tuan Jazlan bersama Exco Kebajikan PERKASA Putrajaya

kemalangan-2

Berdoa mohon supaya cepat sembuh

kemalangan-3

Menyerahkan sumbangan dari PERKASA Putrajaya